Kalau dulunya, hubby kerap menegur minat dan keringat yang ku tabur dalam menyiapkan projek cross-stich, sulam benang, manik accessories, (gurauan "...bila nak disiapkan projek tergendala tu???..." kerap kedengaran). Namun kini, setelah cinta ku ke atas jahitan manik melanda....yang sebaliknya berlaku....Sokongan hubby dalam melayan kerenah ku, kesanggupan dan keterlibatan beliau secara tidak langsung dalam membuat pemilihan manik, design serta kombinasi warna untuk pelanggan. Mungkin, melihatkan hobi ku ini membawa kegembiraan buat ku dan tambahan ringgit..beliau semakin memberikan sokongan.
Dalam setiap jahitan, penelitian dan kesabaran amat diperlukan. Cinta manik, menyebabkan aku rela mengenalpasti minat customer sebelum menerima tempahan agar hasilnya nanti bukan sahaja dapat memberikan kepuasan buat diriku bahkan kepada pelanggan sendiri.
Untuk permulaan, sila kan menjamu mata hasil kerja tangan ku...kepada yang berminat boleh menghubungi ku terus ke talian 013-........Salam. Liza




Salam. Wow! cantiknye...kemas dan teliti adiknye sulaman, Boleh akak buat panduan. Tk bbyk.(www.cashbeads-umi.blogspot.com)
ReplyDelete